SELAMAT DATANG KE CMK TV SUARA RAKYAT MARHAEN | PORTAL YANG MEMAPARKAN ISU-ISU RAKYAT, ISU SEMASA DAN SEBARANG AKTIVITI YANG BERLAKU DI PAHANG KHASNYA DAN MALAYSIA AMNYA

Pages

Dua Kali Koma Dan Bertongkat, Kini Pian Cecupak Ceria Dengan 'Produk Ajaib' Dlynd Gold Sacha Inchi !

 


Pasti ramai yang terkejut melihat kelibat pelawak dan pelakon tanahair, Pian Cecupak yang kembali ceria tatkala berinteraksi menerusi FB Live dengan peminatnya. Pian atau nama sebenarnya, Mohd. Rafik Abdul Rahman, 49, sebelum ini telah beberapa kali menerima rawatan di hospital gara-gara pelbagai penyakit yang dialaminya.

Pian yang mula mewarnai dunia hiburan tanahair selepas menyertai rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 itu pernah dua kali koma dan tidak sedarkan diri pada 2018. 


Beliau kemudian menganggotai kumpulan Cecupak sekitar tahun 2000 dan bersama kumpulannya, mereka pernah melahirkan sebuah album dan dikenali menerusi lagu berjudul Bor.. Bor.. Bor. Album Cecupak berbentuk humor, diterbitkan oleh Pak Pandir, Usop dan Izat Redang turut memuatkan lagu-lagu berentak joget, rap dan 60-an.


"Selama enam hari didalam wad dan selama tiga hari saya diberitahu yang saya tidak sedarkan diri. "Apabila sedar, saya dapati banyak wayar berselirat dan rasa amat rimas tetapi tentunya wayar-wayar itu tidak boleh dicabut begitu sahaja," kata Pian.


Ketika itu kondisi jantungnya hanya berfungsi 20 peratus sahaja. Menurutnya, dia sukar bernafas dan dibawa ke sebuah klinik bagi mendapatkan rawatan kerana dia enggan ke hospital.


“Saya ke klinik kerana semput dan diberi ubat neubilizier untuk melegakan asma. Akan tetapi, pada awal pagi tadi, keadaan kesihatan saya tidak memuaskan. Maka saya dibawa terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh seorang rakan,” kata Pian.

Pian Sakit Mental Selepas Dapat 'Datuk'

Beliau juga pernah disahkan mendapat sakit mental pada 2014. Ia berlaku selepas beliau menerima gelaran 'Datuk" dari kerajaan Naning di Melaka. Menurut Pian gelaran itu benar-benar menyumbang kepada tekanan jiwanya sehingga masalah berkenaan tidak dapat dikawal.

Berbagai tuduhan diterima akibat gelaran tersebut. Pian berkata, tuduhan dan kata-kata hinaan membuatkan dia menjadi murung dan selepas dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ogos lalu, doktor mengesahkan dia menghidap masalah mental.

Malah disebabkan penyakit itu dia perlu mendapatkan rawatan selama lapan bulan selain dikehendaki menjalani rawatan kaunseling. 



“Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan," ujarnya. Klik Pian (Cecupak) Alami Gangguan Mental Kerana Gelaran Datuk

Itulah keadaan Pian Cecupak suatu ketika dulu, namun kini situasinya jauh berbeza. Selepas beberapa tahun menyendiri dan tidak keluar rumah gara-gara berbagai penyakit yang dihidapinya Pian kini mula kembali bertenaga.

Sacha Inchi Seed Oil Ceriakan Hidup Pian

Beliau bukan sahaja sudah 'buang tongkat' untuk bergerak, malah kesihatannya pun mula menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa. Semuanya gara-gara beliau kini mengamalkan produk Dlynd Gold Sacha Inchi Seed Oil 500MG Softgel yang dipasarkan oleh syarikat Dlynd Gold Enterprise dari Kuantan, Pahang. 



"Produk itu diberikan oleh seorang Datuk dan Datin dari Kuantan yang tidak mengenali saya. Mungkin kerana mereka simpati dengan apa yang saya alami. Namun, ternyata produk ini telah mengubah hidup saya.. kembali ceria seolah-olah mendapat kehidupan baru", kata Pian.

Beliau kini seriang membuat Live di Facebook untuk memperkenalkan produk Dlynd Gold  Sacha Inchi Seed Oil kepada seluruh rakyat Malaysia. "Saya buktikan ia berkesan ke atas diri saya. Maka, saya menyeru mereka yang ada penyakit seperti yang saya alami... bolehlah mengamalkan produk ini", tambah beliau.

Ikuti, salah satu FB Live Pian dibawah :-


Sejak kebelakangan ini, sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai dan ia berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘super food’ di dunia bermula dari tahun 2016. Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi, yang bermaksud ‘kacang Inca’, sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Bukti masyarakat Inca menggunakan sacha inchi boleh dilihat pada pelbagai seramik dan makam masyarakat Inca.

Berdasarkan kepada catatan sejarah, para pahlawan Inca menggunakan minyak yang dihasilkan daripada benih sacha inchi disebabkan oleh manfaatnya yang pelbagai, serta nutrisinya yang kaya. Bagaimana rahsia masyarakat Inca – salah satu peradaban kuno paling berkuasa di dunia – yang tersimpan rapi di hutan Amazon mereka berjaya menembusi pasaran global pada zaman ini?


Dengan serangan makanan segera serta makanan ringan yang tidak mempunyai sebarang manfaat, sehingga menyebabkan ramai orang mendapat penyakit berat seperti kanser pada usia muda, masyarakat moden pada hari ini semakin sedar akan betapa pentingnya untuk kembali kepada sumber pemakanan semulajadi, seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat zaman silam. Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa ‘super food’ merupakan solusi terbaik bagi mengatasi masalah kesihatan yang kerap dijumpai pada masyarakat moden.


Kandungan nutrisinya lebih tinggi daripada minyak kelapa dara tambahan, dengan struktur minyak yang lebih lembut serta daya serapan yang lebih cepat. Kaya dengan iodin dan amino asid, Sacha Inchi juga mengandungi tahap vitamin A dan E (Alfa-Tokoferol) yang tinggi; menjadikannya antioksidan yang luar biasa dan sangat baik bagi anti-penuaan. Sacha Inchi turut mengandungi Omega 3 (54%), Omega 6 (33.4%), dan Omega 9 (7.2%) yang dapat membekalkan protein.

Manfaat Sacha Inchi Oil (Minyak Sacha Inchi)
Sacha inchi kaya dengan omega-3, omega-6, dan omega-9. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus. Antara manfaat pengambilan minyak sacha inchi secara teratur adalah:

Mengawal kolestrol
Kandungan asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9 yang ada membantu dalam merendahkan tahap kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein, terlalu banyak akan membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (High Density Lipoproteins, baik untuk kesihatan).

Mengekalkan kesihatan mental
Asid amino tryptophan yang terkandung dalam sacha inchi meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang dikenal sebagai hormon penstabil mood. Ini amat membantu dalam mengekalkan kesihatan mental.

Meningkatkan fungsi otak
Lebih kurang 60% kandungan otak kita adalah lemak. Bermaksud kita memerlukan lemak yang sihat dari sumber makanan seperti Sacha Inchi untuk membina membran sel otak dan menyuburkan sel-sel otak kita. Pengambilan omega-3 dapat meningkatkan konsentrasi dan mengurangkan keradangan otak yang menyebabkan masalah keletihan, kemurungan, dan ingatan.

Mengawal berat badan
Tubuh manusia akan mengeluarkan hormon kortisol apabila mengalami tekanan untuk mengawal tekanan darah dan tahap insulin. Tetapi kortisol berlebih akan menyebabkan kita ingin makan secara berlebihan terutamanya makanan manis. Omega-3 terbukti dapat mengawal kortisol. Maka selera kita juga lebih terkawal.

Mengekalkan kesihatan jantung
Aliran dan tekanan darah yang baik dan tahap kolesterol yang terkawal pastinya memberi kesan bagus kepada kesihatan jantung.

Mengelak diabetes 
Omega-3 yang ada turut mengawal tahap glukosa, sekaligus boleh mengelakkan diabetes.

Meningkatkan kekuatan tulang
Kandungan omega-3 membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.

Melancarkan kesihatan mata
Vitamin E, A dan omega yang ada melancarkan pandangan dan mengekalkan kesihatan mata.

Mengurangkan sakit sendi
Kandungan nutrisi yang ada turut membantu dalam mengurangkan sakit sendi dan rheumatoid arthritis. Bagi menambahkan lagi manfaat, anda boleh mencampurkan minyak sacha inchi dengan halia.

Mencantikkan kulit dan rambut
Omega3 dan vitamin E memainkan peranan penting untuk manfaat ini. Ia membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan rambut, mengekalkan keanjalan kulit, membekalkan hidrasi kepada kulit dan rambut, melindungi kulit dan rambut daripada sinar matahari, dan memperbaiki kerosakan kulit dan rambut yang ada.
Terdapat pelbagai lagi manfaat sacha inchi yang lain, namun manfaat-manfaat yang disenaraikan di atas merupakan manfaat asas ‘super food’ tersebut. Secara keseluruhannya, sacha inchi meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti seseorang.


Paling terbaik, produk ini ada Sijil Halal JAKIM, GMP dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Maka, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mengamalkannya.  Dapatkan segera di pasaran sekarang. Harga sebotol RM139.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM159.90 untuk Sabah dan Sarawak. Dalam satu botol ada 120 Softgel untuk diamalkan selama 20 hari. Amalkan produk ini dua biji pagi dan dua biji malam sebelum makan. Amalkan selama 6 bulan berturut-turut, Insya Allah kesihatan anda pasti ditahap yang cukup membanggakan.


Berminat? info lanjut PM Sila WhatsApp www.wasap.my/0123854400/SaschaInchi

By CMK TV with
  • Popular
  • Categories
  • Archives