SELAMAT DATANG KE CMK TV SUARA RAKYAT MARHAEN | PORTAL YANG MEMAPARKAN ISU-ISU RAKYAT, ISU SEMASA DAN SEBARANG AKTIVITI YANG BERLAKU DI PAHANG KHASNYA DAN MALAYSIA AMNYA

Pages

Sacha Inchi Penawar Ajaib Segala Macam Penyakit !

  

Sejak kebelakangan ini, sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai dan ia berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘super food’ di dunia bermula dari tahun 2016. Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi, yang bermaksud ‘kacang Inca’, sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Bukti masyarakat Inca menggunakan sacha inchi boleh dilihat pada pelbagai seramik dan makam mereka.

Berdasarkan kepada catatan sejarah, para pahlawan Inca menggunakan minyak yang dihasilkan daripada benih sacha inchi disebabkan oleh manfaatnya yang pelbagai, serta nutrisinya yang kaya. Bagaimana rahsia masyarakat Inca – salah satu peradaban kuno paling berkuasa di dunia – yang tersimpan rapi di hutan Amazon mereka berjaya menembusi pasaran global pada zaman ini?


Dengan serangan makanan segera serta makanan ringan yang tidak mempunyai sebarang manfaat, sehingga menyebabkan ramai orang mendapat penyakit berat seperti kanser pada usia muda, masyarakat moden pada hari ini semakin sedar akan betapa pentingnya untuk kembali kepada sumber pemakanan semulajadi, seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat zaman silam. Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa ‘super food’ merupakan solusi terbaik bagi mengatasi masalah kesihatan yang kerap dijumpai pada masyarakat moden.



Kandungan nutrisinya lebih tinggi daripada minyak kelapa dara tambahan, dengan struktur minyak yang lebih lembut serta daya serapan yang lebih cepat. Kaya dengan iodin dan amino asid, Sacha Inchi juga mengandungi tahap vitamin A dan E (Alfa-Tokoferol) yang tinggi; menjadikannya antioksidan yang luar biasa dan sangat baik bagi anti-penuaan. Sacha Inchi turut mengandungi Omega 3 (54%), Omega 6 (33.4%), dan Omega 9 (7.2%) yang dapat membekalkan protein.

   Manfaat Sacha Inchi Oil (Minyak Sacha Inchi)   

Sacha inchi kaya dengan omega-3, omega-6, dan omega-9. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus. Antara manfaat pengambilan minyak sacha inchi secara teratur adalah:

Mengawal kolestrol
Kandungan asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9 yang ada membantu dalam merendahkan tahap kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein, terlalu banyak akan membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (High Density Lipoproteins, baik untuk kesihatan).

Mengekalkan kesihatan mental
Asid amino tryptophan yang terkandung dalam sacha inchi meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang dikenal sebagai hormon penstabil mood. Ini amat membantu dalam mengekalkan kesihatan mental.

Meningkatkan fungsi otak
Lebih kurang 60% kandungan otak kita adalah lemak. Bermaksud kita memerlukan lemak yang sihat dari sumber makanan seperti Sacha Inchi untuk membina membran sel otak dan menyuburkan sel-sel otak kita. Pengambilan omega-3 dapat meningkatkan konsentrasi dan mengurangkan keradangan otak yang menyebabkan masalah keletihan, kemurungan, dan ingatan.

Mengawal berat badan
Tubuh manusia akan mengeluarkan hormon kortisol apabila mengalami tekanan untuk mengawal tekanan darah dan tahap insulin. Tetapi kortisol berlebih akan menyebabkan kita ingin makan secara berlebihan terutamanya makanan manis. Omega-3 terbukti dapat mengawal kortisol. Maka selera kita juga lebih terkawal.

Mengekalkan kesihatan jantung
Aliran dan tekanan darah yang baik dan tahap kolesterol yang terkawal pastinya memberi kesan bagus kepada kesihatan jantung.

Mengelak diabetes 
Omega-3 yang ada turut mengawal tahap glukosa, sekaligus boleh mengelakkan diabetes.

Meningkatkan kekuatan tulang
Kandungan omega-3 membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.

Melancarkan kesihatan mata
Vitamin E, A dan omega yang ada melancarkan pandangan dan mengekalkan kesihatan mata.

Mengurangkan sakit sendi
Kandungan nutrisi yang ada turut membantu dalam mengurangkan sakit sendi dan rheumatoid arthritis. Bagi menambahkan lagi manfaat, anda boleh mencampurkan minyak sacha inchi dengan halia.

Mencantikkan kulit dan rambut
Omega3 dan vitamin E memainkan peranan penting untuk manfaat ini. Ia membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan rambut, mengekalkan keanjalan kulit, membekalkan hidrasi kepada kulit dan rambut, melindungi kulit dan rambut daripada sinar matahari, dan memperbaiki kerosakan kulit dan rambut yang ada.

Terdapat pelbagai lagi manfaat sacha inchi yang lain, namun manfaat-manfaat yang disenaraikan di atas merupakan manfaat asas ‘super food’ tersebut. Secara keseluruhannya, sacha inchi meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti seseorang.

Paling terbaik, produk ini ada Sijil Halal JAKIM, GMP dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Maka, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mengamalkannya.  Dapatkan segera sekarang. 

Harga Dlynd Gold Sacha Inchi Seed Oil (Softgel)
RM139.90  (120 pcs)
RM79.90 (50 pcs)

Amalkan produk ini dua biji pagi dan dua biji malam sebelum makan. Amalkan selama 6 bulan berturut-turut, Insya Allah kesihatan anda pasti ditahap yang cukup membanggakan.
Belanja diri anda untuk sihat dengan Sacha Inchi Softgel Seed Oil sekarng. InsyaAllah, "Cantik Di Luar, Sihat Di Dalam". Nak info lanjut tentang produk 'Super Food' di dunia ini ? Sila taip di SACHA INCHI Di Youtube. Dah 3,000 tahun di gunakan sebenarnya. 

Janganlah Risau, Dlynd Gold Sacha Inchi ada kelulusan sah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malah ada Sijil Halal JAKIM dan GMP produk. Maka, jangan tunggu lagi.

By CMK TV with
  • Popular
  • Categories
  • Archives